KELAB PENCEGAHAN JENAYAH SK CONVENT SENTUL (2)

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI KPJ SKCSD. PENDIDIKAN PENCEGAHAN JENAYAH MERUPAKAN PERKARA YANG HARUS DIDEDAHKAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR DI USIA MUDA LAGI INI KERANA MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI. MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA. SEMOGA BLOG INI DAPAT MEMBANTU DALAM MELAHIRKAN MODAL INSAN BUAT NEGARA.

Thursday 3 May 2012

VISI DAN MISI KPJ

VISI

Matlamat penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah di sekolah adalah untuk membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek pencegahan jenayah dan mempunyai kefahaman tentang penguatkuasaan undang-undang dalam konteks mewujudkan masyarakat yang harmoni dan aman.


MISI

  • Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah.
  •  Menanamkan nilai-nilai moral yang tinggi dalam kalangan murid.
  • Menimbulkan kesedaran bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada memerangi jenayah.
  • Menyediakan garis panduan tentang cara-cara pencegahan dan menjalankan  aktiviti yang berfaedah.
  • Melahirkan murid yang bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara dalam hal menangani jenayah.

    "SEKOLAH SIFAR JENAYAH"

No comments:

Post a Comment