KELAB PENCEGAHAN JENAYAH SK CONVENT SENTUL (2)

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI KPJ SKCSD. PENDIDIKAN PENCEGAHAN JENAYAH MERUPAKAN PERKARA YANG HARUS DIDEDAHKAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR DI USIA MUDA LAGI INI KERANA MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI. MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA. SEMOGA BLOG INI DAPAT MEMBANTU DALAM MELAHIRKAN MODAL INSAN BUAT NEGARA.

Thursday 3 May 2012

PERLEMBAGAAN KPJ

1.      Nama              : Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ)
  SK Convent Sentul (2)


2.      Alamat           : SK. Convent Sentul (2),
Jalan Tanah Lapang,
51000 Kuala Lumpur. 

3.      Tujuan Penubuhan
3.1   Untuk memupuk rasa patuh kepada peraturan dan undang-undang Negara.
3.2   Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah.
3.3   Menanamkan nilai-nilai moral yang tinggi di kalangan pelajar bahawa pencegahan adalah lebih baik dari memerangi jenayah.
3.4   Menyediakan garispanduan cara-cara pencegahan jenayah dan menggalakkan mereka menjalankan aktiviti yang berfaedah.
3.5   Melahirkan pelajar yang bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan Negara dalam hal-hal jenayah.

4          4.       Keahlian
4.1   Terbuka kepada semua murid Tahap 2 sekolah ini.
4.2   Keahliannya hendaklah didaftarkan setiap tahun.
4.3   Sentiasa mematuhi syarat-syarat berikut :
4.3.1          Sentiasa hadir pada setiap kali perjumpaan.
4.3.2          Sentiasa mengikut nasihat, bimbingan dan ajaran guru pembimbing.
4.3.3          Membawa buku laporan kokurikulum semasa menghadiri perjumpaan.
4.3.4          Menjadi murid yang bertanggungjawab dan menghormati guru.
4.3.5          Hormat-menghormati sesama rakan, bekerjasama dan sebagainya.

5         5.       TempatMesyuarat Dan Aktiviti
5.1   Boleh diadakan di mana-mana bilik atau kawasan sekolah dengan kebenaran Guru Besar.
5.2   Berpusat di dalam kawasan sekolah tetapi boleh juga di tempat lain yang difikirkan sesuai oleh pihak pentadbir sekolah dengan syarat sentiasa diiringi oleh guru penasihat.


6         6.       Kewangan
6.1   Kelab mendapat sumber kewangan daripada yuran tahunan, derma dan aktiviti kelab
6.2   Jumlah yuran yang ditetapkan untuk setiap ahli ialahs ebanyak RM 10.00 setahun atau pada kadar yang ditetapkan oleh jawatankuasa.
6.3   Jawatankuasa hanya berkuasa membelanjakan kumpulan wang yang ada untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi mencapai tujuan dan maksud aktiviti.
6.4   Bendahari tidak boleh menyimpan dalam tangannya wang kelab melebihi RM 10.00 pada satu masa. Wang selebihnya hendaklah diserahkan kepada guru penasihat.

5 comments: