KELAB PENCEGAHAN JENAYAH SK CONVENT SENTUL (2)

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI KPJ SKCSD. PENDIDIKAN PENCEGAHAN JENAYAH MERUPAKAN PERKARA YANG HARUS DIDEDAHKAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR DI USIA MUDA LAGI INI KERANA MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI. MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA. SEMOGA BLOG INI DAPAT MEMBANTU DALAM MELAHIRKAN MODAL INSAN BUAT NEGARA.

Thursday, 3 May 2012

PENGENALAN KELAB PENCEGAHAN JENAYAH


           Bilangan kes jenayah yang melibatkan murid sekolah seperti yang sering dilaporkan oleh media telah meningkatkan serta membangkitkan kebimbangan banyak pihak. 

          Kementerian Pelajaran berpendapat gejala antisosial ini perlu diberikan perhatian serius dan ditangani secara menyeluruh dan bersepadu oleh semua pihak. 


        Kesedaran murid akan implikasi negatif terhadap jenis dan pola perlakuan jenayah perlu dipertingkatkan agar mereka tidak terjebak dalam kegiatan antisosial.



    Kementerian Pelajaran Malaysia, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1999 bertarikh 10 Jun 1999, telah menyarankan bahawa semua sekolah menengah di seluruh negara supaya menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah. Saranan penubuhan kelab ini adalah bertujuan untuk membangkitkan kesedaran dan kepekaan murid terhadap kemungkinan wujudnya gejala antisosial di sekeliling mereka. 

              Seterusnya, diharapkan agar kerjasama yang erat antara pihak sekolah dan polis dapat diselaraskan dalam usaha membanteras perbuatan jenayah sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah.


MUAT TURUN SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 7/1999 SILA KLIK DI SINI

No comments:

Post a Comment